Di zaman yang mencabar dan sentiasa berubah ini, kita merasakan seperti kehidupan kita di atur oleh kuasa pasaran yang menentukan prospek bisnes dalam dan dari luar Negara, yang kita sendiri tidak dapat mengawalnya.

Satu soalan yang  ditimbulkankepada DPPMB;bagaimana Dewan menghubungkan dan bagaimana Dewan memantau Perniagaan Melayu dan juga kesuluruhan komuniti perniaga dalam keseluruhan landskap perniagaan yangdapat mengkaitkandengan masyarakat. Kami amat menyedari akan peri mustahaknya bagi memberi sokongan padu dan mengekalkan pertumbuhan perniagaan di kalangan peniaga  dan komuniti  Melayu Brunei secara keseluruhan, keperluan untuk membina keupayaan dan keyakinan dalam menerokai pasaran global dan terus menyumbang kepada ekonomi dan kemakmuran negara kita .

Betapa tinggi nilainya bagipihak DPPMB menyahut seruan untuk mengetengahkan sektor swasta yangberkemampuan, khususnya komuniti perniagaan, dan kami dapat bertindak balas dengan visi "Memperkasa PerniagaanBrunei" dan apa yang dimaksudkan ialah cara kita melakukan bisnes - arah tuju yang baru, pendekatan baru, dengan imej baru organisasi.

DPPMB percaya dengan masa depan;dimana peniagaperlu lebih prihatin terhadap masyarakat yang senantiasa memberi sokongkan kepada mereka. Bisnes bukan sahaja perlu konsisten, berdaya saing dan menguntungkan tetapi perlu jugabertanggungjawab agar niaga merekaakanterus berkekalan dalam jangka panjang. Sikap bertanggungjawab di kalangan perniagaadalah satu etika penting yang mewujudkan sosial serta nilai ekonomi melalui satu matlamat khusus yang akan membantu mengubah kehidupan,selari dengan berkembangnya niaga mereka.Sebagai contoh, DPPMB telah memberi sokonganterhadap inisiatif ahli-ahlinya seperti dalam mengetengahkan masakan tempatan di peringkat kampung dan mukim.Dewan juga telah memberi sokongan kepada Projek Ladang Ciliyang diusahakan oleh Majlis Kampung Lumapas yang mana telah memberi peluang pekerjaan untuk orang Melayu tempatan.Seterusnya DPPMB telah menunjukkan sokongannya kepada Syarikat ternakan ayam tempatan yang juga telah memberi peluang pekerjaan termasuk untuk ibu ibu tunggal dan membantu menggalakkan industri kampung dimana usahawan muda telah dapat mengetengahkan produk tempatan mereka.

DPPMB telah mewujudkan ruang terbuka seperti siri ‘World Café’ dimana ahli-ahli perniagaan terlibat dalam perbincangan interaktif dan berkongsi pendapat dan pandangan mengenai apa yang berlaku dalam perniagaan mereka dan berkesempatan mengutarakan apa apa yang mereka perlukan. DPPMB percaya bahawa apabila kepelbagaian pemikiran dikongsisama, iaakan mencetuskansatu kuasa sepadu yangdapat memanfaatkan keunikkan pemikiran dan peluang yang berkaitan dengannya. Perbincangan terbuka dalam ‘World Café’ itu dapatmemberi idea-idea baru serta peluang dan dorongan yang kemungkinan sebelum ini tidak ketara tetapi sebenarnya telah pun diserapkan dalam pendekatan baru dan hala tuju DPPMB yang mana telah membangkitkan keghairahan di kalangan anggota Dewan.

Pendekatan baru dan hala tuju DPPMB memerlukan perkongsian momentum sejajar dengan dewan lain. Apa yang diharapkan adalah yang terbaik untuk masyarakat dan perniaga Melayu.Walau bagaimanapun ini tidak akan berlaku dengan sendiridalam tangan DPPMB sahaja. Ia menuntut satu tim yang teguh dan satukolaborasi dan perkongsiandengan semua pihak pihak berkepentingan yang akan membuat ekosistem perniagaan yang bertanggungjawab yang kukuh yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Brunei Darussalam yang mampan.

DPPMB menghargai masa dan usaha yang telah disumbangkan oleh ahli-ahli jawatankuasa eksekutifnya dan rakan kongsi strategic di atas sokongan dan komitmen ke arah kejayaan Dewan. Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan dan kami berharap agar dapatberkerjasama di masa hadapan dengan ahli-ahli dan komuniti perniagaan, Kerajaan dan agensi-agensi lain yang berkaitan, dan juga misi asing yang berpejabat di Brunei Darussalam. Kami berharap ke arah perhubunganyang erat, agar usaha kita akan lebih berhasil dengan jayanya,untuk kebaikan semua.